Tuesday, 22 March 2011

Kelebihan E-pemasaran

Definisi e-pemasaran

  • E-pemasaran adalah satu proses jual beli yang dijalankan melalui kaedah pemasaran secara elektronik melalui talian internet atau jaringan syber secara meluas dan umum. Melalui kegiatan pemasaran juga internet umumnya meliputi atau bekaitan dengan hal-hal yang berhubung dengan pembuatan produk-produk pengiklanan, pencarian prospek atau pembeli dan penulisan pemasaran.
Kelebihan-kelebihan e-pemasaran
  1. Dengan kaedah pemasaran melalui internet, kita dapat berkomunikasi dengan bakal pelangan atau pengunjung dengan mudah tanpa sebarang sekatan.
  2. Melalui pemasaran internet juga dapat memberi pencapaian kepada pemilik untuk memasarkan  produknya ke peringkat global dengan lebih mudah dan berkesan serta dapat dari dalam dan luar negara untuk membeli produk yang dihasilkannya.
  3. Kos yang digunakan untuk mempromosi atau mengiklankan produk atau barang yang ingin dipromasikan lebih murah serta dapat disebarkan dengan cepat di internet.
  4. Masa yang diperuntukkan untuk berniaga boleh dilakukan secara automatik dan bleh juga dibuka selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.
  5. Lebih mudah disebarkan keseluruh pelusuk dunia dengan cepat tanpa sebarang halangan berbanding pemasaran biasa yang kadangkalanya tidak dapat diketahui oleh orang ramai tentang kewujudannya lebih-lebih lagi kepada pemasaran yang secara kecil-kecilan.

No comments:

Post a Comment