Monday, 4 April 2011

10 Kelebihan membuat bisnes dengan facebook

Kelebihan facebook dalam perniagaan





Pelanggan 
  • Kelebihan yang pertama ialah dengan menggunakan membuka perniagaan didalam facebook, kita dapat menarik ramai pelanggan. Ini kerana, facebook adalah sejenis alat komunikasi yang paling popular dan ramai menggunakannya.
Pengenalan Produk
  • Melalui perniagaan dalam facebook penjual dapat berkomunikasi dengan pelangannya dan orang ramai dengan lebih mudah dan berkesan. Justeru itu, maklumat yang ingin disampaikan oleh penjual dapat disebarkan kepada orang ramai tanpa sebarang kesekatan.
Perkhidmatan Mobile Akses
  • Dengan menggunakan mobile akses, peniaga dapat memberi atau menghantar maklumat dengan mudah melalui facebook. Melalui perkhidmatan alat komunikasi yang mudah dibawa kemana-mana seperti telefon bimbit.
Mudah Dicapai laman webnya
  • Kebanyakan pelanggan juga datangnya daripada facebook kerana facebook amat mudah dicapai laman webnya. Maksud mudah di capai disini adalah, perkhidmatan facebook ini sentiasa dibuka selama 24 jam dan ini memudahkan penjual untuk sentiasa memberikan sedikit sebanyak tentang produknya pada bila-bila masa sahaja.
Maklumat Mengenai Produk
  • Melalui facebook penjual dapat memberi maklumat mengenai perkembangan semasa produk yang dijualnya dan dapat memberi sedikit sebanyak mengenai kelebihan produk yang dijualnya.
Perkembangan
  • Dapat mengetahui mengenai perkembangan pelanggannya dengan mudah. Pelanggan juga dapat menganalisis tentang perkembangan semasa produk tersebut, ini bagi pelanggan yang berminat untuk lebih mengetahui tentang perkembangan sesuatu produk atau maklumat yang dicari.
Gambar Produk
  • Dengan pengurusan perniagaan di facebook juga peniaga atau pembekal dapat memasukkan gambar-gambar produk yang ingin dijual supaya pelanggan dapat mengenal pasti tentang produk yang dijual. Penjual juga boleh meletakkan gambar produknya dimuka depan profile.
Chatting
  • Kaedah chatting yang digunakan di facebook dapat memudahkan pelanggan untuk berkomunikasi dengan penjual. Ianya juga amat penting untuk
Update Status
  • Facebook juga mempunyai kelebihan dimana penjual dapat mengupdate statusnya. Iaitu sentiasa memberi pembaharuan untuk memperkembangkan perniagaannya. Ini adalah bagi menunjukkan kepada pelanggan bahawa produk yang dijual itu sentiasa berkembang dan berkembang. Bukan hanya berhenti dipertengahan jalan.
 Promosi Blog
  • Melalui facebook juga kita dapat mempromosikan blog yang dibuat bagi menyampaikan maklumat tentang produk yang ingin dijual dengan lebih detail.

2 comments: